Maka, apakah maksud lawan dalam
Taekwondo? Lawan yang dihadapi dalam Taekwondo adalah dunia yang dipermudahkan
yang mewakili seluruh dunia secara intensif yang tidak boleh dielakkan ketika
menghadapi kehidupan. Dengan mengetahui fakta ini, anda faham sebab mengapa
prinsip Taekwondo
yang berasal dari situasi konflik antara anda dan lawan, boleh diaplikasikan
dalam pelbagai kes. Ini disebabkan dalam mana-mana situasi, segalanya ditentukan
oleh hubungan anda dgn dunia. Hubungan anda dan lawan dalam Taekwondo juga mengandungi
aspek sosial dan semulajadi.
Lawan dalam Taekwondo secara asasnya adalah manusia. Maka, Taekwondo merupakan akar hubungan antara manusia. Maka Taekwondo bukan lagi Taekwondo apabila lawan tidak dihiraukan atau dipedulikan. Ini membolehkan pengamal Taekwondo yang sebenar menerima lawannya. Taekwondo termasuk enerimaan lawan, yang mengimplikasikan bahawa pengamal Taekwondo mengiktiraf lawannya sebagai manusia dan menghormatinya. Dengan itu, Taekwondo mengandungi etika. Adalah bermakna bahawa intipati Taekwondo megandungi etika mengiktiraf lawan dan menghormatinya serta konflik utk mengatasinya, dan ekstrimiti ini saling berhubungan. Adalah semulajadi bahawa segala dalam dunia mempunyai bentuk.
Etika menjadikan manusia berperikemanusiaan
dan memberi nilai terhadap hal ehwal manusia. Maka, kelakuan yang benar dalam
segalanya tidak berlawan dengan kemudahannya. Ini merupakan salah satu ciri
dalam hal ehwal manusia. Maka, etika yang betul boleh menjadi senjata yang baik
bagi perlindungan diri dalam minda lawan. Jika anda tidak menghiraukan etika
anda boleh diatasi oleh pengamal Taekwondo yang sebenar pada bila-bila masa.
Jika anda menghormati yang kuat, anda berupaya
menyelamatkan diri, dan jika anda menghormati yang kurang upaya, anda pula dihormati
orang lain, menunjukkan Taekwondo adalah koheren dengan etika.
Maka, apa itu etika? Ia merupakan
ekpresi betul apa yang diingini oleh manusia. Disebabkan ia bukan merupakan
intipati Taekwondo, pengamal Taekwondo tidak dihadkan oleh etika, namun dia
tidak mengabaikannya juga. Dia juga tidak mengasingkan diri dari etika, namun
adakah ia bermakna setiap tindakan berasaskan etika yang juga patut dilupakan?
Ini mengimplikasikan bahawa etika yang betul tidak tetap tetapi bernyawa. Alam
dan etika manusia adalah sama walaupun mempunyai nama yang berbeza.
Hubungan anda dengan lawan begitu sosial dalam Taekwondo, namun ia juga alamiah
pada waktu yang sama, semua fakta ini merasakan kehidupan manusia yang merupakan
sebahagian dari alam. Maka hubungan anda dan lawan sentiasa kekal konkrit dalam
dunia. Lawan anda dan anda berkongsi
dunia dan dihadkan olehnya. Dalam had ini, hubungan ekstrim anda dan lawan dipamirkan
secara langsung pada dinding ilusi melangkaui perbezaan antara imaginasi dan
dunia sebenar. Oleh itu, tiada kepalsuan dalam Taekwondo. Anda mengenali dunia
melalui hubungan langsung dengan alam dan mengenalpasti kehidupan manusia tiada
kesilapan dalam konteks Taekwondo, Alam tidak membezakan maka anda sebagai pengamal
Taekwondo, merupakan komposisi dunia yang berkongsi peraturan dan prinsip.